Malaysia merupakan negara yang kaya dengan flora dan fauna serta khazanah bahan mentah dan sumber asli yang sukar ditandingi negara lain. Antara bahan mentah yang sinonim dengan negara ini adalah kelapa sawit dan getah. Selain digunakan dalam kehidupan seharian rakyat malaysia, bahan mentah dan sumber asli turut memberikan keuntungan kepada Malaysia apabila dieksport ke luar negara, terutamanya negara-negara Barat. Tidak dapat dinafikan bahawa industri perdagangan borong Malaysia semakin berkembang tetapi adalah amat penting untuk difahami bahawa proses pengedaran atau pemborongan produk ruji (komoditi utama dan bahan sekunder) sememangnya usaha yang mengambil masa dengan penglibatan pelbagai pihak.
Sejak akhir-akhir ini, harga bagi produk ruji semakin meningkat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara serantau. Produk ruji merangkumi produk asas seperti beras, bawang, cili, dan sebagainya. Walaupun sudah bertahun lamanya, kesan kenaikan mendadak harga makanan masih terasa (krisis harga makanan sedunia 2007-2008). Peningkatan harga kebanyakan barang makanan bukanlah fenomena yang hanya berlaku dalam negara tetapi di seluruh dunia. Ini disebabkan oleh kenaikan harga komoditi utama seperti minyak mentah, bahan makanan yang digunakan untuk membuat bahan bakar gantian (biofuel), arang, gandum, jagung, kacang soya, dan minyak sawit mentah. Walau bagaimana pun, bebanan harga makanan ini tidaklah pada kadar tetap. Menerusi pelbagai inisiatif kerajaan, harga makanan telah dikurangkan secara berperingkat.
Sektor pemborongan dan peruncitan menyumbang RM201.9 bilion pada 2017, peningkatan memberangsangkan daripada RM181.9 bilion pada tahun sebelumnya. Berdasarkan laporan ‘Nielsen’s Global Consumer Confidence Report 2017’, keyakinan pengguna di Malaysia berada di tempat ke-28 dunia, dengan 94 mata peratusan yang merupakan lonjakan dari tahun sebelumnya (84 mata).

Antara syarikat yang terkenal dalam industri pemborongan di Malaysia ialah Giant dan Tesco. Selaras dengan perubahan arah aliran runcit semasa, pengendali rangkaian pasar raya besar akan membuka kedai format kecil. Namun, pembukaan cawangan-cawangan ini sering tertumpu di kawasan bandar kerana mendatangkan keuntungan lebih kepada syarikat-syarikat besar (seperti yang dikenalpasti). Peluang pembukaan cawangan dan usaha pemborongan di luar bandar perlu diberi lebih perhatian pada masa akan datang jika pemborong-pemborong besar ingin mengembangkan perniagaan mereka.
Masih ada kekangan dalam sektor pemprosesan dan pemborongan produk ruji, terutamanya di kawasan luar bandar. Kebanyakan perniagaan dalam sektor pemborong produk ruji masih bergelut untuk membawa produk ini kepada pasaran dengan harga yang berpatutan serta kualiti yang baik. Ini adalah kerana, sebahagian besar produk ruji di Malaysia masih diimport dari negara-negara jiran seperti India, China dan Pakistan. Oleh itu, faktor logistik mahupun hubungan pemborong dengan pembekal memainkan peranan yang besar untuk memastikan barangan ruji ini dibekal kepada masyarakat dengan mudah.
Ini adalah merupakan peluang perniagaan untuk Asfa Fortune, dengan meletakkan kepentingan kualiti pada pengedaran produk dan khidmat pelanggan di skala besar.
Misi Asfa Fortune adalah untuk menjadi syarikat utama dalam perkhidmatan perdagangan borong produk ruji. Hasrat ini tidak begitu mudah kerana wujudnya saingan daripada syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Namun, terdapat pelbagai kelebihan pada Asfa Fortune yang dapat melonjakkan syarikat ini ke tahap yang lebih tinggi. Dengan peluang pasaran yang besar bagi produk ruji di negara ini, Asfa Fortune sedar akan kepentingan menerapkan model perniagaan yang tidak begitu rumit. Menerusi pengedar yang dipercayai, Asfa Fortune menerima produk ruji untuk diborong kepada kedai-kedai runcit, restoran, dan juga terus kepada pelanggan individu. Kepercayaan serta hubungan baik dengan pengedar membolehkan produk ruji diborong dengan harga berpatutan tanpa menjejaskan kualiti produk berkenaan.
Kini, Asfa Fortune mempunyai 500 pelanggan tetap di Melaka dan juga Pulau Pinang. Bukan itu sahaja, kadar tersebut menunjukkan potensi Asfa Fortune untuk berkembang dan mencapai status pemborong utama di Malaysia, terutamanya di kawasan luar bandar dan lokasi terpencil. Akhir kata, pasaran luas industri perdagangan borong Malaysia seharusnya dilihat sebagai peluang perniagaan bagi syarikat-syarikat kecil dan juga pemborong besar.
Untuk maklumat lanjut berkenaan perniagaan Asfa Fortune, sila layari www.ata-plus.com/deals/asfafortune





